Blog Details

Levi Pelepasan 2019 / Travel Levy 2019

AKTA LEVI PELEPASAN 2019
PERINTAH LEVI PELEPASAN (KADAR LEVI PELEPASAN) 2019

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 11(1) Akta Levi Pelepasan 2019 [Akta 813], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Levi Pelepasan (Kadar Levi Pelepasan) 2019.

(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 September 2019.

Tafsiran
2. Dalam Perintah ini—

“kelas ekonomi” ertinya mana-mana kelas penerbangan yang diiklan, dijual dan disediakan oleh syarikat penerbangan dalam kategori yang menggunakan istilah ekonomi atau apa-apa istilah yang sama taraf dengannya, atau yang menawarkan pakej terendah berbanding pakej lain;

“negara ASEAN” ertinya Brunei Darussalam, Negara Cambodia, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Negara Thailand atau Republik Sosialis Vietnam.

Kadar levi pelepasan
3. Levi pelepasan yang hendak dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia hendaklah ditetapkan pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.